Sunday, 9 October 2011

kehidupan

Alhamdulillah, aku masih hidup, masih dipinjamkan jasad, masih boleh bernafas, ketawa, senyum dan sebagainya. Anda pula bagaimana? masih melakukan rutin yang sama setiap hari?
Rutin harian bagi aku, biasalah bagun pagi mandi (kadang2 xmandi), makan, tidor dan melakukan aktiviti yang yang berfaedah dan tak berfaedah sampai aku leka apa sebenarnya tujuan aku dijadikan kat dunia ini. Dalam sedar ataupun tak, mahu ataupun tak usia aku akan makin meningkat dan ajal makin hampir. Entah bila, dimana kita pun tak tau. Mungkin bagi aku enjoy is everything, sibuk dengan keseronokkan dunia sampai aku tangguhkan niat murni aku untuk beribadat. Pernah gak terlintas kat hati aku untuk berubah, tapi aku masih belum cukup kuat untuk melawan bisikkan nafsu.
perkataan yg sering kita dengar...
"alaaa nanti aku buat laa, sekarang ni aku banyak keje lah"
"esok-esok lah aku buat"
"sampai masa nanti aku buat lah"
"dah tua nanti aku buat lah"
"rileks la muda lagi,,umur 50/60 nanti aku buat lah"
macam ni la aku sekarang..suke tangguh dan ditangguh tangguh




3 comments: